Wednesday 16 May 2012

persoalan dalam cerita

selama 3 tahun, disinilah tempat dituju. perhentian untuk ke destinasi seterusnya.

tahun berlalu tapi masih banyak yang belum berubah. hiruk pikuk dan asap berkepul-kepul masih sama agaknya. tak dapat dibayangkan keadaan di sekeliling di waktu puncaknya.

tapi yang nyata, tahap kebersihan tandas masih belum memuaskan. berbaloikah RM0.30 yang dibayar??? salah tukang cuci atau salah pengguna?? kesedaran tentang kebersihan tandas masih di tahap paling rendah. tak kira tempat. kat shopping complex, kat petrol station mahupun kat masjid/surau.

Persoalkan dulu sejauh mana keprihatinan kita sebagai pengguna.

Monday 14 May 2012

12 mei 2012 punya cerita

menjawab soalan tanpa persediaan langsung. bukan tak menghendakkannya tapi memandangkan peratusan untuk lepas amat sukar, buat tak tahu sajalah.

tapi di sini, dapat dinilai sejauh mana keupayaan saya. dimana letaknya tahap pengetahuan saya. semuaya perlu diperbaiki, harus diperinci. jika tidak, saya akan sentiasa berada ditakuk lama. pilihan itu ditangan saya.

terserah. ada rezeki, syukurlah saya. tapi ralat itu tidak pernah ada kerana saya tahu tanpa usaha tiada hasilnya.


Sunday 12 February 2012